- Tidak mengandungi sebarang bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang kepada orang Islam memakannya atau tidak disembelih mengikut hukum syarak.
- Tidak mengandungi najis mengikut hukum syarak.
- Tidak disedia, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang tidak bebas daripada najis.
- Semasa dalam penyediaan, pemprosesan dan penyimpanannya, benda terbabit tidak bersentuhan atau berdekatan dengan sebarang makanan yang haram atau dihukumkan sebagai najis mengikut hukum syarat.
Terdapat beberapa aspek yang perlu
diberikan pertimbangan dalam menentukan halalnya sesuatu produk iaitu:
Penyembelihan
- Sembelihan hendaklah dilakukan orang Islam dan memenuhi syarat ditetapkan.
- Haiwan yang disembelih mestilah jenis halal dimakan.
- Haiwan itu masih hidup ketika disembelih.
- Memutuskan halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran makanan, minuman dan pendarahan) haiwan.
- Alat penyembelihan mestilah tajam dan tidak terdiri daripada tulang, kuku atau gigi.
Hidangan dan penyembelihan
Semua bahan halal hendaklah disimpan,
dipamer dan dihidang secara berasingan dalam setiap keadaan dengan bahan tidak
halal.
Pemprosesan makanan dan masakan
- Tidak mengandungi bahagian atau benda daripada haiwan yang dilarang orang Islam memakannya atau tidak disembelih mengikut hukum syarak.
- Tidak mengandungi apa-apa benda yang dianggap najis mengikut hukum syarak seperti minyak babi, lemak daripada bangkai dan arak.
- Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan sebarang peralatan yang mengandungi benda najis seperti tempat pemotong, kuali, sudu dan periuk.
- Semasa penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan makanan tidak bersentuhan atau berdekatan dengan sebarang makanan yang dianggap najis.
Kebersihan
- Premis pembuatan, penyediaan dan penjualan makanan dan minuman hendaklah bersih serta bebas daripada gejala yang memudaratkan seperti lalat, tikus, lipas dan cicak.
- Peralatan yang digunakan hendaklah dibasuh dan dicuci dengan bersih.
- Tandas dan bilik air mestilah dibersihkan dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment