Pandangan/Komen terhadap Makanan Halal & Haram




1) Cah Xing

Pandangan saya terhadap makanan halal adalah perbezaan peraturan makanan antara orang Islam dengan bangsa lain. Sebagai contoh, antara sumber makanan yang dikatakan makanan halal oleh agama Islam adalah seperti daging kambing dan daging lembu tetapi daging kambing dan lembu adalah makanan haram oleh sesetengah orang Cina dalam agama Buddha. Sebaliknya, babi adalah salah satu sumber makanan kepada orang Cina manakala ia adalah makanan haram terhadap agama Islam.





2)  Chia Lin 

Terdapat beberapa faktor dalam menentukan sesuatu makanan adalah halal atau tidak,seperti makanan halal adalah tidak mengandungi najis mengikut hukum syarak.Selain itu,makana halal juga tidak disedia, diproses atau dikilang menggunakan peralatan yang tidak bebas daripada najis.Orang Islam mematuhi syarat-syarat dan hukum-hukum tentang makanan halal akan dapat banyak manfaat. Antaranya ialah hati dapat diterima oleh Allah,kerja dapat disempurnakan,mempunyai badan yang sihat dan pemikiran waras dan juga lain-lain.Oleh itu, adalah baik bahawa Islam mempunyai syarat-syarat tersebut.






 3) Ying Ying

Pada padangan saya, melalui projek yang bertajuk “Memahami Makanan Halal dan Haram Dalam Tamadun Islam” saya teleh mendapat banyak maklumat dan pengetahuan tentang makanan halal dan haram kaum Melayu semasa tamadun Islam. Informasi yang saya tahu ialah agama Islam menganjurkan kepada pemeluknya untuk memakan makanan yang halal dan baik.  Makanan “halal” maksudnya makanan yang diperoleh dari usaha yang diridhai Allah.  Sedangkan makanan yang baik adalah yang bermanfaat bagi tubuh, atau makanan bergizi. Malah makanan tidak halal biasanya menganggukan kesihatan rohani. Sebagai contoh yang paling jelas dan diketahui oleh ramai ialah orang islam diharam makan. Contoh makanan yang tidak halal ialah bangkai, darah, babi, binatang yang disembelih selain menyebut nama Allah dan khamer atau minuman yang memabukkan.





4) Shu Ying 

Makanan merupakan sumber tenaga manusia untuk melakukan aktiviti harianDalam ajaran Islam, tertakluklah dua jenis makanan iaitu makanan haram dan halal. Dalam Islam, kita tidak diperbolehkan serta merta mengonsumsi makanan tanpa menilainya dari segi halal dan haram. Islam tidak mungkin melarang atau memerintahkan umatnya melakukan sesuatu tanpa alasan yang jelas. Begitu juga dalam soal makanan haram. Kerana makanan yang dimakan manusia tidak hanya berpengaruh terhadap kesehatan jasmaninya saja, akan tetapi juga berpengaruh terhadap kesehatan rohaninya. Makanan yang halal, baik dan bersih akan membentuk jiwa yang suci dan jasmani yang sehat. Sebaliknya, makanan yang haram akan membentuk jiwa yang keji. Jadi, penganut Islam mestilah mematuhi ajaraan Islam ini dengan memakan makanan halal sahaja dalam jangan sesekali cuba makan makanan yang tidak halal.





5) Sook Wen 


Pada pandangan saya, halal membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang islam yang menitikberatkan tentang kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Justeru itu, dari sudut pandangan islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhir menyumbang kepada pembentukan ummah islam. Oleh itu, seseorang islam sama ada pengusaha makanan halal & individu hendaklah mengambil kira setiap perkara dari kegiatan yang haram seperti berjudi.






6) E-Von

Saya dapat memahami lebih lanjut tentang pengetahuan dalam makanan halal dan haram serta ciri-cirinya setelah membuat projek ini. Projek ini juga telah membantu saya dalam memahami betapa pentingnya makanan halal haram dalam tamadun islam. Bukan itu sahaja, saya juga dapat mengetahui bahawa pemakanan yang halal mempunyai kebaikannya manakala pemakanan yang haram dapat memberi kesan buruk dalam kesihatan fizikal dan mental khususnya kepada seseorang yang beragama Islam. Selepas membuat projek ini, saya lebih mengenali tamadun islam dalam konteks hukum pemakanan halal haram dan dengan ini, pada pandangan saya, walaupun kita yang berbangsa selain daripada Islam mempunyai persepsi pemakanan yang berbeza, kita sepatutnya saling menghormati dan prihatin terhadap mereka yang beragama Islam dalam menjaga pemakanan mereka supaya dapat mengelakkan daripada timbulnya isu pemakanan halal. Dalam proses membuat projek ini dan menghasilkan blog ini, saya bersama ahli-ahli yang lain dapat membina persefahaman dan semangat kerjasama serta bertolak ansur antara satu sama lain.







No comments:

Post a Comment