Kepentingan Makanan Halal & Haram



Islam menggesa umatnya supaya menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang bersih dan halal sahaja. Mereka dilarang memakan makanan yang kotor dan haram kerana boleh menjejaskan kesihatan. Sebagai ibu dan bapa yang juga hendaklah mengambil berat terhadap pemakanan anak-anak serta ahli keluarga yang lain. Pastikan makanan yang diberi bersih dan halal daripada sumber rezeki yang halal juga. Bukan hasil daripada pekerjaan haram seperti mencuri, berjudi dan sebagainya.Setiap orang hendaklah prihatin terhadap kesucian makanan yang dimakan kerana ia mempunyai hubung kait dengan amalan dan ibadah mereka. Apabila mereka memakan sesuatu yang haram, ia akan memberi kesan rohani kepada diri. Mereka akan berasa sukar mendidik jiwa dengan sifat-sifat mahmudah kerana pintu hati telah tertutup untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.

                Justeru, sebagai seorang yang beriman dan bertaqwa hendaklah sentiasa berhati-hati menentukan pemakanan. Dengan mengambil berat soal kebersihan dan kesucian makanan.Ini kerana unsur-unsur tersebut amat besar pengaruhnya dalam pertumbuhan diri manusia sama ada dari sudut jasmani mahupun rohani.Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.


a. Perintah Tuhan

     Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya: “Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada  di bumi, yang halal yang baik 
 (halalan tayyiban)".(Surah al-Baqarah: 168)


     Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan: berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172).Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

   
Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya.    (Riwayat Thabrani)
   
  

b. Mengelakkan daripada azab Neraka

    Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

    Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram".    
  (Riwayat Ahmad)


c. Doa makbul

    Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram.


d. Diterima Amalan


e. Hati bersih





No comments:

Post a Comment