Perkataan halal bermakna dibenarkan(lawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang undang Islam. Manakala perkataan haram bermaksud tidak dibenarkan (unlawful). Ia merujuk kepada makanan/minuman yang tidak dibenarkan mengikut undang undang Islam.
Dalam tamadun islam, pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia
kerana membawa kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk
manusia daripada makhluk-makhluk lain. Mengenai pemeliharaan akal fikiran
manusia, dilarang penganutnya untuk minum dan makan makanan yang dilarang atau
memberi kesan negatif. Ini akan mempengaruhi kesiuman atau tahap kesedaran
seseorang manusia sebagai lambang manusia untuk bertakwa dan berbakti kepada
Allah s.w.t. Maka itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang memabukkan,
dan kemabukan boleh menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan
sifat-sifat kebinatangan.
Tambahan lagi memakan makanan haram akan membentuk
sahsiah diri yang tidak baik dan akan menjerumus orang islam menjadi ahli
neraka seperti yang disebutkan dalam firman Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
Setiap daging yangtumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api
nerakalah yang paling layak baginya.
Selain itu, makanan yang dimakan
hendaklah yang halal dan terhasil dari usaha yang halal kerana makanan dan
minuman ini akan menjadi darah dan daging serta menjana minda yang dipercayai
dalam tamadun Islam. Makanan yang haram akan mengotorkan jiwa dan merosakkan
akal. Contohnya sebelum makan mestilah mencuci tangan supaya kekotoran pada
tangan dapat dibersihkan. Islam juga mengesyurkan memegang makanan menggunakan
tangan kanan kerana tangan kanan mengandungi kimia yang membantu penghazaman
makanan. Makanan yang mudah hazam menjamin kesihatan tubuh badan seterusnya
menyihatkan fikiran dan akal. Tubuh badan yang sihat akan menjamin akal yang
sihat ke arah membina negara dan menegakkan agama.
No comments:
Post a Comment