I) PEMBERSIHAN
Pengurusan Dan Pemprosesan Bahan Makanan
Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara
pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat untuk
mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan
tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. Begitu juga dari
segi pengangkutan. Adakah barang makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan
yang juga memuatkan bahan makanan yang haram disisi Islam seperti daging
khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.
Campuran Ramuan
Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian
adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang
dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah
kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya
dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku
dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari
luar negara.
Peralatan Yang Digunakan Menyedia Makanan
Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan
untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu
memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak
pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam.
Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir
digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula.
Kebersihan Premis
Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian
adalah dari segi penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap
mengotorkan dalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka
restoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di
luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak
memenuhi ciri-ciri konsep halal dalam Islam.
II) MENYAMAK
1. Tujuan menyamak ialah untuk
menyucikan kulit yang najis (bangkai).
2. Hukum menyamak kulit adalah
harus.
3. Menyamak tidak tertentu kepada orang Islam sahaja bahkan orang kafir pun boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang dilakukan oleh orang Islam.
4. Hubungan menyamak kulit dengan
kehidupan manusia:
- Untuk menambahkan ekonomi bagi mereka yang
melakukannya.
- Untuk mengelakkan daripada pembaziran.
5. Hanya kulit sahaja yang boleh disamak, tidak boleh pada kuku, gigi dan tulang.
6. Takrif dan pengenalan bangkai :
- Binatang yang halal dimakan yang mati tidak disembelih
mengikut cara-cara Islam.
- Binatang yang haram dimakan yang mati sama ada
disembelih atau tidak, tetap ia menjadi bangkai.
7. Binatang-binatang yang mati
termasuk dalam jumlah bangkai:-
- Binatang yang disembelih dengan menggunakan tulang.
- Binatang yang disembelih oleh orang Majusi (orang yang
menyembah api)
- Sembelihan orang-orang yang berihram (Ihram haji atau
umrah)
8. Binatang yang tidak suci kulitnya
walaupun disamak:
- Babi
- Anjing
- Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara
anjing dan babi
- Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang
halal dengan anjing atau babi.
9. Alat-alat yang digunakan untuk menyamak kulit iaitu sesuatu yang tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan sebagainya.
10. Cara menyamak kulit binatang :
- Terlebih dahulu hendaklah disiat kulit binatang
daripada anggota badan binatang (setelah disembelih)
- Dicukur semua bulu-bulu dan dibersihkan segala
urat-urat dan lendir-lendir daging dan lemak yang melekat pada kulit.
- Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur
dengan benda-benda yang menjadi alat penyamak sehingga tertanggal segala
lemak-lemak daging dan lendir yang melekat di kulit tadi.
- Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih
dan dijemur.
11. Kulit yang disamak itu haram dimakan kerna boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan manusia.
12. Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit binatang:
- Suci pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat
tumbuh bulu yang telah dicukur dan kulit itu melekat pada daging.
- Suci pada batin ialah di sebelah dalam kulit yang
bermakna kulit itu dibelah maka bekas belahan itu suci.
13. Bulu-bulu binatang yang telah disamak dan terlekat pada kulit kiranya sedikit adalah dimaafkan.
14. Hubungan menyamak kulit binatang dengan ilmu-ilmu yang lain:
- Pada Ilmu Muamalat kulit yang telah disamak boleh
dijualbeli.
- Pada Ilmu Jinayat kulit yang telah disamak boleh
dipotong tangan apabila dicuri.
- Pada Ilmu Faraid kulit yang telah disamak boleh
dipusakakan
15. Kesimpulan ialah menyamak kulit
binatang adalah bertujuan menyucikan kulit.
III) PEMYEMBELIHAN
Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi
menghilangkan nyawa binatang.
Dari segi syara‘ bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan
dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk
membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.
HUKUM PENYEMBELIHAN
Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal
dimakan.
Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai
dan najis.
Firman Allah subhanahu wata‘ala:
Maksudnya:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”
(Surah Al-Ma’idah 5:3)
Maksudnya:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)”
(Surah Al-Ma’idah 5:3)
Penyembelih:
- Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz.
- Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani.
- Berakal dan berfikiran waras.
- Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).
Binatang Yang Disembelih:
Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan
mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya.
Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan:
a) Haiwan darat. Semua haiwan darat
dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:
- Babi dan keturunannya.
- Anjing.
- Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara‘
- Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya
- Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya.
- Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya
- Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah.
- Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya.
- Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya.
b) Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut
hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:
- Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun.
- Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia.
Alat Penyembelihan:
Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan
mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan
sebagainya.
Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku.
Bahagian Yang Disembelih:
Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari’ (saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari’ adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat.
Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih.
Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:
- Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab.
- Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
- Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
- Binatang itu adalah halal dimakan.
- Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
- Putus halqum dan urat mari’ dengan sebab penyembelihan.
- Mati dengan sekali sembelihan sahaja.
- Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
- Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).
Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil
mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari
Jabatan Agama Islam Negeri.
PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN
- Membaca basmalah.
- Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat.
- Membaca salawat ke atas Nabi.
- Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati.
- Menggunakan pisau yang tajam.
- Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri.
- Melakukan penyembelihan dengan segera.
PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN
- Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.
- Menyembelih hingga terputus kepala.
- Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.
HIKMAH PENYEMBELIHAN
- Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya.
- Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:
- Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan.
- Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam.
- Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat.
- Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut.
- Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wata‘ala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wata‘ala yang bernyawa.
IV) PEMBURUAN
Merupakan masdar atau kata terbitan dari shada, yashidu dan shaidan yang
bermaksud menawan dan mengakapnyasecara tidak sedar atau menggunakan tipu helah
samada yang ditangkap itu makanan atau sebaliknya. Namun mengikut istilah syarak as-shaid (perburuan) adalah dikhususkan untuk
binatang yang boleh dimakan sahaja.
Perburuan yang Halal dan Tidak Halal
1. Pada dasarnya semua jenis perburuan adalah halal berdasarkan dalil yang umum
berikut :
" Dan apabila kamu telah selesai mengerjakan haji maka bolehlah kamu
berburu) – al-Maidah: 2-
2. Namun hukum di atas adalah terkecuali bagi perkara-perkara berikut
a. Haram berburu bianatang yang haram dimakan dan tidak dibenarkan membunuhnya.
Iaiatu bila cara pemburuan dibuat ke atas binatang yang tidak merbahayakan
manusia seperti kuda dan anjing dengan tujuan untuk membunuh. Namun jika cara
perburuan yang tidak memudharatkan haiwan ini seperti menggunakan jarring dan
lain-lain maka tidak haram.
b. Berburu dengan tujuan untuk bermain-main samada kepada haiwan yang halal di
makan atau yang haram dimakan. Contoh keluar berburu untuk berhibur bukan
tujuan untuk makan.
c. Berburu dalam keadaan berihram.-al-Maidah :95-
d. Berburu di kawasan tanah haram.
"Sesungguhnya negeri Makkah ini telah diharamkan oleh Allah daripada
melakukan apa yang disebut. Tidak boleh dicabut dan dipotong tumbuhan, tidak
boleh dikejar dan diganggu binatang buruan, dan tidak boleh kutip barang-barang
yang tercicir untuk menjadikannya milik sendiri kecuali untuk dipulangkan
kepada tuannya."
No comments:
Post a Comment